Hello semua kawan-kawan. Walawei lamanya tak update blog yang serba kekurangan ni. Sibuk la kebelakangan ni. Bukan sibuk kerja pun tapi sibuk dengan macam-macam hal. Semua nak datang dalam satu masa. Tension pun ada. Ni pun ada la curi-curi masa saya sikit nak update blog nih. Hehe. Saja nak kongsi dengan korang rancangan best yang ada kat TV9 sekarang nih.
Credit to TV9.com
Nak dijakdikan cerita,saya ni jarang-jarang tengok TV. So ada satu malam tu saya tertengok Tv (tertengok yang tak tahan tu). Buka la TV9,masa tu ada rancangan Versus. Apa pulak rancangan Versus ni. So saya pun tengah free-free tengok la sampai habis. Perghh punya la best. Band-band berentap sesama diorang rupanya. Tak sia-sia la saya tengok Versus ni. Memang favourite saya la tengok Live band. Read more
Hai kawan-kawan. Masa entri ni dibuat sebenarnya saya tengah menahan mata dari mengantuk lepas tengok bola Barcelona lawan Chelsea. Menyesal pun ada tengok game ni. Dah kena tahan mata sampai ke pagi sebab takut terlajak pulak masuk office esok. Sebut pasal office entri kali ni berkaitan dengan office saya. Mungkin jugak ada fenomena ni dalam office korang juga kot. Hehe. Fenomena yang dimaksudkan adalah Fenomena Lagu Tentang Rasa nyanyian Astrid.
Korang tak tahu lagu ni? Ala lagu dalam cerita Vanilla Dan Coklat tu la. Yang peliknya cerita tu dah lama habis tapi baru sekarang dengar lagu tu diorang pasang kat office. Yang paling best lalu je meja mana-mana mesti ada dengar lagu ni. Untuk kawan-kawan yang nak layan lagu fenomena yang melanda office saya sekarang ni, saya bagi lirik, chord dan video klip lagu tu kat korang. Banyak kali dengar syok pulak. Haha. Jom menyanyi sambil main gitar.
Chord Gitar dan Lirik Lagu Astrid Tentang Rasa :
Intro : Em D Em D
Em D
Aku tersesat Menuju hatimu
Em D
Beri aku jalan yang indah
Em D
Ijinkan ku lepas penatku
G A D
tuk sejenak lelap di bahumu
Chorus :
Em A D
Dapatkah selamanya kita bersama
G C E
Menyatukan perasaan kau dan aku
D A D
Semoga cinta kita kekal abadi
G C E
Sesampainya akhir nanti selamanya
Int : Em D Em D
Em D
Tentang cinta yang datang perlahan
Em D
Membuatku takut kehilangan
Em D
Ku titipkan cahaya terang
G A D
Tak padam di dera goda dan masa
Chorus :
Em A D
Dapatkah selamanya kita bersama
G C E
Menyatukan perasaan kau dan aku
D A D
Semoga cinta kita kekal abadi
G C E
Sesampainya akhir nanti selamanya
Solo : G D G D
Em A D
Dapatkah selamanya kita bersama
G C E
Menyatukan perasaan kau dan aku
D A D
Semoga cinta kita kekal abadi
G C E
Sesampainya akhir nanti selamanya
Em A D
Dapatkah selamanya kita bersama
G C E
Menyatukan perasaan kau dan aku
D A D
Semoga cinta kita kekal abadi
G C Em D Em D
Sesampainya akhir nanti selamanya
Arrgghh tensionnya. Korang pernah tak pergi interview tapi hampeh dan menyakitkan hati? Kalau boleh rasa macam nak pergi tumbuk muka panel yang interview tu kan? Saya saja buat entri ni pasal dah terkena dengan interview yang hampeh lagi menyakitkan hati ni. Punya la tunggu lama lepas apply jawatan tu last-last boleh jadi macam tu pulak. Nasib baikla struktur badan saya tak mengizinkan saya nak menumbuk sorang-sorang si panel interview tu.
Bulan Mac lepas saya ada apply jawatan kosong melalui online kat salah sebuah Universiti. Hajat hati tu nak la merasa kerja yang best sikit. Bukan kerja sekarang ni tak best, tapi kena pindah randah 5-6 tahun sekali. Mana boleh tahan kan? So saya pun apply la kerja kat Universiti tu. Bukan main semangat la mengisi online yang penuh dengan cabaran. Antaranya seperti biasa, website tu laju sangat. Isi satu item pastu tunggu la seminit baru boleh nak ke item yang lain. Nak kerja punya pasal sabar je la dengan semua tu. Sampai la siap isi borang. Ok selesai bab mengisi borang yang dah menguji tahap kesabaranku.
Baru-baru ni masa tengah syok layan penceramah kursus membebel, tiba-tiba handphone cikai saya berbunyi. Nombor telefon tu nampak macam best je nak jawab. Dengar suara awek cakap “Encik saya dari Universiti…. nak bagitau esok ada interview jam 2.30 petang”. MAsa tu seronok pun ada, bengang pun ada. Cuba korang bayangkan Universiti yang sepatutnya tahu etika panggil interview macam mana boleh buat panggilan kurang 24 jam dari masa interview. Boleh?? Surat pun diorang tak hantar lepas tu nak suruh datang interview dengan macam-macam dokumen nak kena sediakan untuk interview tu. Untuk pengetahuan korang Universiti tu bukannya Universiti Swasta. Mana perginya protokol korang ni wahai Universiti.Disebabkan nak sangat kerja tu, saya pun gigihkan jugak la siapkan dokumen dan pergi interview keesokkan harinya.
Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Do Re Mi, Nasib Doremi, Laksamana Do Re Mi, Masam-masam Manis dan sebagainya. Hah mesti korang tau kan cerita siapa ni semua? Ye Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Seorang seniman yang tiada penggantinya. Kebanyakan artis-artis di negara kita ni jadikan Tan Sri P.ramlee sebagai idola mereka. Tan Sri P.Ramlee bukan sahaja boleh bermain pelbagai alat music, Beliau juga boleh berlakon serius dan juga komedi.
Korang rasa ada ke pengganti P.Ramlee nanti? Ada ke cerita-cerita yang seangkatan cerita p.Ramlee dapat dihasilkan? Susahkan nak jawab persoalan ni? Posting saya kali ni bukan nak cerita pasal Tan Sri P.Ramlee tapi nak berkongsi pendapat dan pandangan korang mengenai hasil karya beliau. Cuba korang semua fikir kenapa cerita-cerita beliau masih boleh dilayan sampai sekarang? Kenapa kebanyakkan lagu P.ramlee boleh dilayan dan diberi nafas baru? Apa ada dengan cerita P.Ramlee ni sebenarnya? Sampai semua peringkat umur boleh layan? Walaupun ada segelintir dari kita boleh hafal dialog cerita P.Ramlee api nak jugak tengok sampai habis cerita P.Ramlee nih.
Saya pun tergolong dalam golongan ni. Tengok cerita P.Ramlee setiap hari Isnin pukul 10.00 malam. Hehe. Setiap cerita dia unik. So korang rasa apa keistimewaan cerita P.Ramlee ni? Jalan cerita ke? Dialog Ke? atau kespontanan lakonan diorang? Saya berpendapat dialog spontan dan jalan cerita yang dekat dengan kehidupan masyarakat kita buatkan cerita-cerita P.Ramlee ni tak jemu-jemu ditonton. Lawak-lawak spontan tu boleh buat kita ternanti-nanti. Alangkah bagusnya kalau ada pengarah-pengarah sekarang ni buat cerita macam P.Ramlee.
Korang rasa-rasa cerita macam Ombak rindu, Adnan Sempit 1 dan 2 dan lain-lain boleh tak anak cucu kita nanti layan? ke sekadar dengar tajuk lepas tu buat tak tau je. Hehe. Agak-agaknya korang dah ada jawapannya. Ye tepat sekali. Huhu. Kalau peralatan canggih macam mana pun api cerita tak ever green rasanya masih tak berjaya. Kalau nak dibandingkan dengan peralatan zaman dulu-dulu jauh sangat bezanya. Teknik shooting pun jauh beza. Tengok je la cerita P.Ramlee, kalau korang perasan, cameraman siap missed Focus bila pelakon tengah bercakap. Fokus dekat pelakon yang tak bercakap pun kita boleh layan sampai habis. Itula kekuatan cerita P.ramlee.
Kalau korang ada pendapat lain, boleh la share-share bersama. Mana la tau idea korang tu boleh diterima pakai untuk pembikin filem kat Malaysia ni ke. Takdela kita tengok cerita yang lebih kurang sama je. Hehe..
Tahniah Encik Aaron Aziz kerana merangkul gelaran Bintang Paling Popular 2011 pada Anugerah Bintang Popular BeritaHarian pada 8 April 2012. Sebelum bermulanya anugerah ni memang dah banyak dengar suara-suara cakap Aaron Aziz ni akan dapat anugerah Bintang Popular. Rezeki beliau la tahun ni.
Apa pun pada artis-artis Malaysia yang lain, korangpun bagus jugak cuma belum rezeki korang la nak dapat Award tu. Hehe. Saya ni bukan la fanatik sangat denganAnugerah-anugerah ni semua. Tak kisah pun siapa yang menang. Apa yang nak saya tengok adalah persembahan artis-artis malam tu. Memang gempak-gempak jugak la.
Pada malam tu persembahan Dato M.Nasir, Aizat dan Tam Spider antara yang menarik selain persembahan lakonan Ombak Rindu. Apa yang berjaya menarik perhatian saya ialah persembahan Azlan dan Ziana Zain. Mereka mendendangkan lagu Anggapanmu dan Lagu Untukmu yang berjaya mendapat tepukan gemuruh penonton. Sememangnya diorang berdua terkenal dengan memiliki nada suara yang tinggi dan boleh menaikkan bulu roma orang yang dengar nyanyian diorang tu.Hehe.
Tepat sekali pemilihan mereka berdua ni oleh pihak TV3 untuk menunjukkan kelainan. Walaupun Ziana Zain nampak sedikit kesukaran nyanyi lagu rock Kumpulan Meet Uncle Hussien tu tapi Kak Ziana kita tu berjaya bawak lagu tu dengan baik sekali. Cayalah kak Ziana. Lepas ni boleh la Kak Ziana nyanyi lagu rock pulak. Si Azlan pulak memang best la nyanyi lagu Anggapanmu tu. Kadang-kadang macam nak ada suara macam dia pulak. Jom la kita tengok sikit diorang nyanyi semalam